Salam. Hari ni Adik Gemuk nak tulis pasal kisah percintaan sorang kawan Adik Gemuk. Kisah ni sedih sikit. Banyak-banyakkan bersabar ye kawan-kawan.
Kisah ni bermula pada tahun 1999. Nur Sabrina, juga dikenali sebagai Rina (kawan Adik Gemuk) mula berkenalan dengan Ahmad Zaim lebih mesra dengan panggilan Zaim. Bibit perkenalan mereka bermula di sebuah sekolah berasrama penuh di salah sebuah negeri nun jauh di selatan tanah air. Perkenalan mereka bermula sebagai rakan sekelas semata-mata. Namun, disebabkan kedua-duanya petah berbicara dan ada chemistry antara mereka, mereka menjadi semakin rapat. Daripada rakan sekelas ke rakan study group, daripada rakan study group ke sahabat baik dan daripada sahabat baik menjadi pasangan couple paling ideal di sekolah itu. Satu sekolah sedia maklum dengan hubungan mereka itu disebabkan kedua-duanya sangat popular di sekolah. Rina pendebat hebat Bahasa Inggeris, Zaim pula pemain tenis unggul merangkap prefect. Mereka perfect! Bukan sahaja perwatakan yang menarik malah didatangkan dengan rupa paras yang menawan dan kacak. Siapa yang tak tergoda dengan mereka. Asal mereka menghayun langkah, ada sahaja mata yang menjeling dan hati yang cair dek terpesona dengan kehadiran dua insan ini.
Walau bagaimanapun mereka sering mengatakan bahawa, "Kami bukan couple, hanya kawan istimewa". Sebuah jawapan selamat. Dua tahun berlalu, mereka masih akrab seperti selalu. Di mana ada Rina, di situ ada Zaim begitu juga sebaliknya. Bagai belangkas. Namun, persahabatan istimewa yang terjalin mula diuji dengan kehadiran Klarissa atau nama pendeknya Ris. Ris merupakan freshie yang memasuki sekolah itu semasa di tingkatan 4, tahun 2000. Ris hanyalah gadis biasa, bukan anak Datuk atau orang-orang ternama. Dia hanyalah anak guru Bahasa Inggeris yang mengajar di kelas Rina, Zaim dan Ris. Ya, Ris sekelas dengan mereka. Ris seorang yang sederhana dalam segala hal cuma satu, dia lebih ayu perwatakannya berbanding Rina. Ris mula menjadi orang ketiga dalam hubungan Rina dan Zaim apabila dia mula menyertai study group mereka. Pada mulanya, ahli group yang lain tidak bersetuju Ris memasuki group mereka kerana group itu telah ditubuhkan sejak mereka sejak di tingkatan 3 lagi. Sudah 2 tahun mereka bersama. Tetapi, Rina begitu beriya-riya mahu Ris masuk dalam group mereka. Katanya, boleh membantu mereka dalam subjek Bahasa Inggeris disebabkan ibunya guru Bahasa Inggeris mereka. Akhirnya, pujukan Rina berhasil dan Ris menyertai mereka.
Tindakan Rina akhirnya memakan dirinya sendiri apabila Ris semakin hari semakin mesra dengan Zaim. Masakan tidak, mereka berkongsi hobi yang sama. Tenis!. Sesudah menelaah pelajaran bersama study group selepas sesi persekolahan tamat, mereka akan menghabiskan masa petang dengan bermain tenis bersama 2 rakan yang lain. Mereka sering mencabar antara satu sama lain siapa yang mengutip mata paling tinggi dan selalu juga mereka berpasangan menentang 2 lagi rakan mereka itu. Rina pula selepas discussion, sibuk dengan pasukan debatnya. Tambahan pula, setiap bulan ada sahaja pertandingan debat yang disertai sekolah mereka. Situasi ini sedar tidak sedar menyebabkan jurang antara Rina dan Zaim semakin jauh. Ris dan Zaim pula sebaliknya. Zaim tidak menyedari situasi itu Rina yang menyedari pula, dilanda perasaan cemburu.
Bersambung....